Thursday, May 31, 2012

Air Mata Subuh

Pagi subuh yang penuh airmata...
Tiada lagi subuhku memuji2 bunga cantik diluar rumah..
Hanya airmata peneman subuh...

Apakah hikmah sebalik airmata subuh ini... saat sujud terakhir subuhku..
airmata tidak dapat dibendung lagi.. tersedu sedan menangis mengenang diri..
saat doa bersama tadahan tapak tangan.. penuh basah tapak tangan bersama air mata..
sedih.. airmata yang tidak dapat dibendung lagi...

Saat selesai doa...
Tangan begitu ringan membuka email dan facebook...
Allah... Ada seorang hamba Allah request Add Friend...
Terima sebagai rakan... Hamba Allah yang sudah punya isteri... begitu gembira bercerita tentang isterinya...
Tersenyum bangga kerana Isterinya (wanita) begitu disayang sisuami.

Begitu lancar ceritaku pagi itu padanya.. tentang kisah ku putus tunang..
Allah sahaja yang tahu... Aku cerita padanya.. Bersama linangan air mata... tanpa diduga.. Hamba Allah menawarkan untuk memperkenalkan dgn sahabatnya yang berumur sebaya dgnya.. yang juga sedang mencari calon... Allah.. apakah ini hikmah sujud airmata subuhku... Allah.. Kau lebih mengetahui..

Dalam diam... Hamba Allah menghantar mesej diFB.. meminta no.telefon kerana ingin diberikan kpd sahabatnya katanya.. Allah.. Malu..

Bermula kisah... dengan bermesej... tiada perkara menarik dalam mesej2 yang diberikan... Dia seorang yang agak garang... dan seorang yang agak sukar dittafsir...

dan apakah hati ini mula tersalah tafsir? Allah... Cukuplah.. Andai benar dia untukku.. satukan kami dengan jalan yang mudah.. lancar.. dan tenang.. penuh redha.. tiada kata seindah syukur andai itu takdirnya.. aku hanya mengharapkan seorang imam untukku dalam sama2 mengharungi mencapai syurga cintamu bersama anak yang soleh dan solehah.. Cukuplah.. Cukuplah derita sakit yang pernah kau turunkan untukku...

Allah.. kuatkan aku andai dia bukan untukku.. semoga dia lebih bahagia dengan pilihannya.. satu yang kupinta.. kurniakan kebahagian kepadaku.. Dipermudahkan segalanya urusanku... Dilimpah rezeki pekerjaan yang dekat dengan bakal suamiku.. Ya Allah... Limpah rezeki yang halal kepada bakal suamiku... kesihatan yang sempurna... iman yang kukuh... kekuatan yang mampu melindungiku... dan semoga bakalku... penuh dengan kelembutan dan kasih sayang.. Allahhuakbar...

Ya Allah... Aku hanya wanita biasa yang cube menjadi antara yang terbaik.. aku lemah.. berikan aku kekuatan dan limpahan hidayah..

Terima Kaseh Allah...
Kepada Bakalku... Terimalah aku seadanya.. kerana.. inilah aku... insan lemah yang cube menjadi pelengkap untukmu.. penuh barakah.. penuh kelembutan dan kasih sayang... bukan lah banglow yang kupinta.. cukuplah sekadar kita mampu saling melengkapi hingga syurga abadi... Insyaallah...

Allahhuakbar...
Andai benar Air Mata Subuh itu penuh dengan hikmah.. Syukur Allah... Terima kaseh Allah...

No comments:

Post a Comment