Wednesday, November 11, 2009

~Sedih Dengan SifaT HamBa


wahai manusia... cukuplah kita dari mengata sesama kita... JAUH lagi perjuangan kita. Sedang kita sama2 berjuang.... sedang kita bersama2 berjalan dan terus berjalan mencari jalan ARAH masing2... sama-sama lah kita berdoa untuk kejayaan bersama...

sedang kita mengata mereka... kita tidak sedar keburukan kita... sedang kita mengata... terlalu lancang kita berkata2.. sehingga lupa... beringat... kita sedang berjuang... jangan calarkan hati mereka...khuatir.. mereka gusar... khuatir... mereka... resah untuk menjawab segala apa perjuangan yang sedang mereka lalui... jangan calarkan hati sahabat wahai sahabatku... Seburuk mana mereka... sehina mana mereka... hebat kah kita untuk mengata yang bukan2... yer... mungkin semua itu sekadar luahan... yer mungkin itu sekadar kata2 pendam selama berkawan... pernah kita fikir... mengapa mereka berbuat begitu?? pernah terlintas... mungkin kerana silap kita...
yer... saya paham... manusia... sedikit sebanyak terlintas kata2 yang tidak disangka sehingga memakan diri... anda juga sama... tapi kerana nilai sahabat... abaikan lah... jadikan ia pedoman.. kasihanilah mereka kerana masih belum menerima hidayah untuk memperbaiki kata2... sejauh mana kita bersabar.. pasti apa yang dikatakan pada kita.. akan berbalik semula pada mereka.. dengan harapan... mereka akan sedar...

cukuplah dari mengata2 yang macam2 sesama kita... terlintas... tidak disangka... kecewakah kita.. andai insan yang diharap tempat bergantung luahan rasa... pendam rasa... mengata bermacam rupenye... tp biler direnungkan.. yer.. mungkin khilaf sendiri... tp jika dinilai betul2.... Lebih baik teguran hadapan dari mengata yang bukan2 sehingga hati jadi tidak keruan.. berpk apa salah kita.. apa khilaf kita... tapi x mengapa... manusia... atas dasar nama manusia.. kita tahu itu.. kita tahu apa silap kita.. jgn kita buat lagi.. jgn kita ulangi lagi... maaf kepada mereka.. andai ada silap dan salah... andai ada kata2 yang terguris bicara.. andai ada yang menyentuh hati selama bersahabat... maaf... saya manusia biasa.... maaf juga jika pernah kata2 lantang dari mulut yang bertuankan manusia yang tidak pernah nilai diri sendiri... sedap mulut berbicara.. sedap juga hati bergembira.. maaf... waktu itu sedang kelupaan tentang diri yang juga sama rendah dan sama tinggi antara kita...

TERIMA KASIH SEGALANYA...
doakan kejayaan bersama...
nantikan pemergian hamba yang Insyaallah tidak lame lagi akan pergi dari perjuangan kita... Janji Hamba cume 1... walau berpisah.. INSYALLAH... selagi nyawa dikandung badan.. doakn untuk sahabat tidak akan dilupa... sama2 kita berjuang... sama2 juga kita berjaya.. INSYAALLAH....


~ PETUA MENGATASI SIFAT CEMBURU ~

1) Daripada 2 kisah cemburu yang membabitkan Iblis dan Qabil itu, kita dapati bahawa sifat cemburu tidak membawa sebarang kebaikan langsung kepada kita. Cemburu hanya memusnahkan diri sendiri. Tiada pengakhiran yang baik dan menggembirakan dalam hati manusia yang sering cemburu. Oleh itu sebelum anda mahu cemburu, cuba renung kembali kisah Iblis dan Qabil.

2) Kita selaku manusia biasa, memang agak sukar untuk membuang 100% sifat cemburu dari terus mendiami hati. Oleh itu, lempiaskan sifat cemburu ini pada 2 jenis keadaan sahaja berdasarkan kepada hadith Rasulullah sallahu alayhi wasalam dari kitab Sahih Muslim ini:

"Tidak ada hasad (cemburu) yang dibenarkan kecuali terhadap dua orang; iaitu pada orang yang Allah berikan harta, dia menghabiskannya dalam kebaikan. Dan pada orang yang diberikan ilmu dan dia beramal dengan ilmu tersebut dan mengajarkannya pula kepada manusia"

3) Imam al-Ghazali ada menerangkan di dalam kitab Ihya Ulumuddin bahawa manusia jenis yang kuat hasad dan cemburu ini, apabila diceritakan kepadanya kesenangan yang diterima oleh orang lain, hatinya akan jadi benci dan resah. Apabila dia mendapat tahu musuhnya ditimpa musibah dan nasib malang, hatinya akan menyanyi keriangan. Cemburu pada orang lain bermaksud kita tidak gembira pada nikmat yang Allah berikan kepada para hamba-Nya.

Ini juga bermakna bahawa kita tidak redha pada takdir dan ketetapan Allah. Jika kita sendiri tidak redha pada Allah, apakah mungkin bagi kita untuk mendapatkan keredhaan Allah? Dan jika Allah tidak redha pada kita, apakah mungkin ketenangan hati itu akan kita kecapi? seorang ulama Sufi yang hebat, ada menerangkan bahawa untuk membersihkan hati (sekaligus mendapat ketenangan dan kedamaian jiwa), kita elakkan dari berasa cemburu pada kejayaan orang lain. Sebaliknya, jika manusia lain mendapat kebaikan dan rezeki yang lebih dari kita, kita doakan kebaikan dan kegembiraan untuk mereka. Hatta jika musuh kita yang mendapat kebaikan, jangan juga cemburu. Cemburu kepada musuh
hanya akan menambahkan lagi penguasaan psikologi mereka ke atas diri kita.

4) Cemburu hadir sebab kita rasa kita lebih bagus dan lebih mulia dari orang lain. Apabila kita ada persepsi sebegini, kita akan mudah merasakan bahawa dia dan mereka tidak layak untuk menerima nikmat tersebut. Kita sahajalah yang layak. Buang sifat sebegini dan tanamkan dalam hati dan minda bahawa yang orang lebih mulia di sisi Allah hanya diukur dari segi takwa. Dengan ini, di samping dapat membuang sifat cemburu, kita juga sekaligus dapat berlumba-lumba dengan manusia lain dalam meningkatkan taqwa kepada
Allah.

5) Tetapi menjadikan perkahwinan sebagai alasan untuk memberikan kebahagian hidup agak kurang tepat. Pasangan berkahwin yang kelihatan gembira mungkin kerana sejak zaman bujang lagi mereka sudah memiliki gaya hidup yang ceria. Tapi apa akan jadi jika Lelaki A yang pesimis berkahwin dengan Wanita B yang bersifat sangat cemburu buta. Anda fikir dengan perkahwinan itu,Lelaki A dan Wanita B itu akan mendapat kegembiraan dan kebahagiaan hidup? Perkahwinan hanya satu keindahan yang sementara. Jika ia tidak disulami dengan tanggungjawab, perkahwinan adalah satu bala.
Terangkan kepada saya mengapa Britney Spears bercerai dengan suami pertamanya, iaitu Jason Allen Alexander setelah mereka sah menjadi suami isteri selama 55 jam sahaja? Saya juga ada seorang rakan (Melayu) yang menceritakan kisah sedih rakannya (Melayu) yang diceraikan suaminya setelah 1 tahun berumahtangga. Mengapa ini berlaku? Tiada kebahagiaan!

Maka, perkahwinan bukan tiket mutlak kebahagiaan hidup. Ketahuilah bahawa sebahagian dari kegembiraan itu terletak pada redha Allah ke atas manusia dan sebahagian lagi terletak pada cara seseorang itu berfikir. Kepada yang masih belum berkahwin, bawa-bawa bersabar. Jangan cemburu kepada rakan-rakan yang terlebih dahulu menamatkan zaman bujang dan anak dara. Bila sampai masa yang ditetapkan Allah, anda pasti akan mendapatnya. Ini konsep tawakal dalam Islam. Ada yang cepat dan ada yang lambat. Cuba aplikasikan konsep Taburan Normal dalam ilmu statistik untuk lebih memahami masalah ini. Khas ditujukan kepada saya dan rakan2 atau mereka2 yang pernah terlintas rasa cemburu dalam diri... Wargh... jeles2.. dia kuar mam ngan boyprend.. wargh.. dia dapat hadiah special dr boyprend.. wargh... dia dh nak kawin??? wargh.,, dh d org dtg minang dia... aku biler??? dh ada anak dh??? terujanya... hahhah... sifat cemburu ni normal... 1 lagi... bestnyer.. ramainyer kwn dia... x d yang nak kwn ngan aku ke??? *Ni selalu terjadi dlm diri saya...Tp biler pkiak balik... biler manusia dh berpk cm ni.. tu tanda dia dh besar... :)) hehhe... next.. continue...

6) Apa yang mereka ada tidak semestinya diberkati Allah. Kadang-kadang rezeki yang Allah beri pada hamba-Nya adalah bersifat istidraj semata-mata. Rasullulah bersabda:

"Apabila kamu melihat Allah memberikan nikmat kepada hamba-Nya yang selalu membuat maksiat,
ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah.(Hadith riwayat Imam at-Tabarani, Ahmad dan Al-Baihaqi).
Istidraj adalah nikmat yang Allah berikan kepada orang-orang kafir dan fasik, tetapi dalam masa yang sama Allah hilangkan erti kesyukuran di dalam hati mereka, dan Allah membinasakan mereka secara beransur-ansur tanpa mereka sedari"

Jiran anda di sebelah rumah yang selalu pergi clubbing dan tuang arak dalam perut, tetapi kereta mewah ada 2-3 biji, menjawat pula title CEO di sebuah syarikat besar, maka ketahuilah bahawa rezeki yang mereka terima itu berkemungkinan besar adalah istidraj. Oleh itu, jika anda patuh dan taat pada segala-perintah Allah, melakukan solat tahajjud setiap malam, tetapi rezeki masih lagi dalam keadaan terumbang-ambing, maka janganlah terlalu risau. Rezeki sikit atau banyak adalah ujian dari Allah.

Jangan sangka dengan duit berkepok-kepok di bawah bantal akan membuatkan kita gembira. Kita gembira kerana Allah yang kasi kita gembira. Jika anda ada buku , cuba selak semula bahagian awal buku itu, yang mana Robert Kiyosaki ada menceritakan kisah beberapa orang ternama yang kaya-raya waktu itu, akhirnya menerima kesudahan hidup yang menyedihkan setelah berlakunya peristiwa . Lihat, semudah itu sahaja Allah mahu tarik kekayaan seseorang.

7) Akhir sekali, cemburu datang kerana kurang sifat syukur dalam diri. Kita selalu memikirkan dan berasa rungsing dengan apa yang masih tidak kita miliki. Kita cemburu pada orang lain yang ada apa yang kita mahu. Tetapi selalu sangat kita tidak bersyukur dengan apa yang sedang kita ada. Dan inilah sifat cemburu yang saya alami.. terlalu cemburu buta... kerana terlalu pendam sifat rendah diri.. sehinggakan.. keluar bergembira bersama rakan pun.. saya boleh bertanyakan.. korang malu x kuar ngan den ni??? dek kerana sifat cemburu juga... jadi buah mulut orang bercakap tentang kita... subhanallah... saya terlalu merendah diri sehingga kan lupa untuk bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan. Saya juga hilang pedoman apabila sifat cemburu timbul, resah mengatasi segalanya.. hanya kerana takutkan kehilangan sesuatu yang sgt bernilai dalam diri... walhal yang bernilai itulah yang memakan diri sendiri. Terima kasih pada yang sudi mengingati.. Insyaallah akan saya semat didalam hati... Tuhan sahaja yang dapat membalasnya.. 1 sahaja cara saya yang terkini... untuk mengatasi sifat cemburu.. akhir solat saya.. saya tidak pernah lepas kan peluang untuk mendoakn kejayaan rakan-rakan, adik beradik dan orang disekeliling saya... sumber penenang dalam hidup.. jadi.. apabila lihat rakan berjaya dan cemerlang.. detik hati berkata.. alhamdullillah... sedikit sebanyak terlintas rasa syukur kerana doa dimakbulkan biarpun mungkin bukan itu puncanya.. Semua hanya kerana yang SATU...TERIMA KASIH WAHAI SAHABAT.. TERIMA KASIH WAHAI BONDA YANG SERING MENJADI TEMPAT UNTUK SAYA MELEPASKAN SEGALA KEGEMBIRAAN DAN KEDUKAAN...

Maka, bersyukur dengan apa yang sedang kita miliki adalah kunci utama bagi membuang sifat cemburu dan sekaligus mendatangkan kebahagiaan di dalam hati. Jangan apabila ia sudah pergi baru kita mahu bersyukur dan menangis kerana manusia selalunya begitu. Hargai sekecil-kecil nikmat Allah. Insya-Allah.

(~terima kasih kepada http://hembusan.blogspot.com... maaf... saya copy tanpa kebenaran.. sekadar jadikan renungan dalam diri... dan cetusan semangat dalam diri... )

biler rindu....

"Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. Mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon Mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
bolehkah kau kirim wang untuk Mak?
Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Bila seronok, aku cari.

...pasanganku
Bila sedih, aku cari....Mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....Emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak


Tapi kalau Mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup....mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup...membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......"


-Miss MY Mum.. Bechik Hj Ismail & Bachok bin Benu...

_mak... anim mintak maaf.. anim dah cuba yang terbaik utk jwap peksa sem ni... sian mak.. penat mak doakan utk anim.. kalau keputusan masih x memuaskn gak...anim mintak maaf... kekadang kn mak.. tengah jawap peksa... anim nak nangis biler anim cuba jwap ikut apa yang anim paham n anim bace.. tp x sure gak ngan jawapan tu betul or x.. biler teringat kt mak... sedey... mak penat doakan anim.. mak puasa.. mak bace yassin pada jam anim tgah jawap... tp anim.. ntah lah... anim lambat pickup.. anim lambat sgt bab2 belajar ni.. x macam k.ngah.. k.ana.n k.long... anim mintak maaf mak... anim syg mak.. anim try wat yg terbaik semua untuk mak...anim tau anim puteri bongsu mak.. mak nak tgok kejayaan anak mak yg last ni.. tp anim seakan cm menghampakan mak jer..mak.. anim mintak maaf...untuk abah... anim syg abah...dr SPM lagi abah dh kecewa ngan keputusan anim kn... maaf2.. maaf2...maaf2...wargh.. jahat nyer anim...

....miss mum & dad...

Friday, October 2, 2009

bila...

siapa dan bila agaknyer ada lelaki sejujur
dan seikhlas ini...
ucapkan kata2 seperti ini....
sejuk rasa rasa jiwa... tenteram hati... terlerai kata nista2...
Ya Allah... ketahui hati ini...
berikan apa yang aku sedang rasakan...
tambah kn sedikit gula dalam perasaan ini...
argh... siapa dia.....
kenapa...
mengapa...
apa..
bile..
dan... aku inginkan dia....

HatikuHatinyaMilikDIA


hatiku kini...
hatinya...
DIA segalanya...
Terima kasih segalanya...

Tuesday, September 15, 2009

Siti.. Mari kenal 9 siti

1) Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2
Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat
oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika
Baginda beribadat di Gua Hira'.
2) Siti Fatimah
- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia
kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur
berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah
pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali
maafkan kamu.
3) Siti Aisyah
- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas
makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ
beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.
4) Siti Hajar
- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup
ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan.
Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu
mithali).
5) Siti Mariam
- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai
maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk
mengandungkan Nabi Isa.
6) Siti Asiah
- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg
dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.
7) Siti Aminah
- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda
menjadi insan mulia.
8) Siti Muti'ah
- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya
kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat
utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati,
berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.
9 ) Siti Zubaidah
- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid.
Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan
org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.
* 9 Siti ini adalah petikan drpd kata2 Ustazah Siti Norbahiah Mahmud
dlm rancangan Halaqah TV9 bertajuk 'SITI IMPIAN'. Adakah kita
tergolong antara Siti2 ini? Tepuk dada tanya iman. Sama2 kita
tingkatkan ilmu kita utk menjadi insan yg lebih baik di Bumi Allah
ini, insyaAllah

siti sifir, honda city dan siti nurhaliza tidak termasuk dalam ini
cerita..macihh

:copyrightaway~:)

Monday, September 14, 2009

~air mata wanita~

Seorang anak laki-laki
kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa
ibu menangis?"

"Kerana aku seorang
wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti",
kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya
dan berkata, "Dan kau tak akan pernah
mengerti"

Kemudian anak laki-laki
itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa
ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis
tanpa alasan", hanya itu yang dapat
dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu
pun lalu tumbuh menjadi seorang
laki-laki dewasa, tetap ingin tahu
mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia menghubungi
Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa
wanita begitu mudah menangis?"

Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan
seorang wanita, ia diharuskan untuk
menjadi seorang yang istimewa. Aku
membuat bahunya cukup kuat untuk
menopang dunia; namun, harus cukup
lembut untuk memberikan kenyamanan "

"Aku memberikannya
kekuatan dari dalam untuk mampu
melahirkan anak dan menerima penolakan
yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya
kekerasan untuk membuatnya tetap tegar
ketika orang-orang lain menyerah, dan
mengasuh keluarganya dengan penderitaan
dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan
untuk mencintai anak-anaknya dalam
setiap keadaan, bahkan ketika anaknya
bersikap sangat menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan
untuk mendukung suaminya dalam
kegagalannya dan melengkapi dengan
tulang rusuk suaminya untuk melindungi
hatinya "

"Aku memberinya
kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa
seorang suami yang baik takkan pernah
menyakiti isterinya, tetapi kadang
menguji kekuatannya dan ketetapan
hatinya untuk berada disisi suaminya
tanpa ragu"

"Dan akhirnya, Aku
memberinya air mata untuk dititiskan dan
ini adalah khusus miliknya untuk
digunakan bilapun ia perlukan."

"Kau tahu;¿kecantikan
seorang wanita bukanlah dari pakaian
yang dikenakannya, susuk yang ia
tampilkan, atau bagaimana ia menyisir
rambutnya."

"Kecantikan seorang
wanita harus dilihat dari matanya,
kerana itulah pintu hatinya.. Tempat
dimana cinta itu ada."




Friday, September 11, 2009

keletihan



berbuka bersama(release tension n sidia belanja mam)
Ya Allah... Kuatkan aku... bersama rakan seperjuangan... terlalu byk kerja yg perlu diselesaikan... penat?? huhu... x tau nk ckp cm ne.. mcm mane ni... wargh...

Wednesday, September 9, 2009

x sabar menunggu hari itu...

nuha rumaisa' bt abdullah aziz


Ahli baru bachoks family... :) nuha... n natrah, but natrah... skrg dh besau dh... dh bape bln ntah... tp bleh tahan gak natrah ni... kalau duk pegang dia.. then letak baringkn... diangkat2 badannyer.. keras tol badan dia.. kuat... mase kecik agak gelap.. smpai ayah dia duk tanye2.. natrah ikut aku eh?? haha.. sbb ayah dia gelap.. ibu natrah plak putih.. n know.. ble natrah makin mmbesar.. dia makin cerah... x tahan.. rambut natrah kt ubun2 dia masih terpacak... pp dia plak sgt tembam... nti raya kte letak gmbar natrah terkini k... huhu... rindu natrah... suke borak tau natrah ni..

nur izan natrah bt mohd zuraimi


ni pulak auni n farihin... he... farihin pggil auni.. pah... hehe... skrg depa 2 ni dah besau dh... dh bejalan2... dh bleh cakap... farihin fasih ckp acu bucuk... auni plak suke ikut org ckp... ckp yg hujung2 jer... bler ibu dia suh tanye acu buat ape.. dia ckp... appeerr... 2 jer... mgkin ibu dia suh ckp pnjg sgt kot.. hehhe... x pe2... makin besar makin bijak anak buah aku yg 2 org ni... sorang lagi yg sebaya ngan diaorg kt nun disana... ikut umie n ayah dia p blajau... x tau lah dia kenal kami ke x nti.. huhu.. insyirah2....

nur iffah auni bt jamal abdul nasir ngan muhammad farihin nazmi bin mahadir


nihlah insyirah bt abdullah aziz


ha... ni plak...mak abah ngan cucu2 nyer...mak duk pegang farihin.. abah duk pegang auni.. yg kt depan tu plak... ifan, kak ika, n faris... maaf lah yerk... ni jer gmbar terbaik yg dpt dipilih... mane muke yg terherot ke kanan or kiri.. maaf ler... rindu sama u all.. hehhe... but now cucu mak dh makin bertambah... (insyirah ,nuha n natrah yg x dok dlm gambar kt bwh ni.) gmbr ni pn diambil masa cirah dlm perut lg kot.. nuha plak x plan lg.. he... natrah plak... em.. ha.. ni baru lpas kawin ibu n ayah natrah rasenyer... x hingat ler...



ha...ni ler family besau bachok... merangkap abah@daddy@ayah@papa aku yg sporting gler babas... ngan mak yg best... he... name mak n abah aku pn special tau...jgn terkejut.. jodoh lah katekn.. "mak=bechik bt ismail + abah=bachok bin benu." best kn... bachok+bechik="zuraidah+zuraini+zuraihana+zuraimi+zuraihanim+zuraizan(arwah adik aku)" cantik x family ku...:) n now..dh bertambah dh... menantu dh 4... menantu x ckup lg 1... heheh... sabar yer mak abah... n kakak2 n abgku...akan kuhadiah kn seorg adik ipar untuk kamu semua...kekekek...mampoi aku kalau diaorg bace...hehhe...

(maaf.. dlm gmbr ni...aku x dpt kakak ipar lagi..ampun yer k.manisah.. gmbar kamu tiada didalam)

x sabar menunggu hari itu...
x saba menunggu raya... kerana... raya tahun ini.. insyaallah.. semua akan berkumpul.. meriahnyer.. beestnyer...... heheh..tp family kak aku.. zuraihana+paklah@aziz ="nuha, insyirah" masih disana...bestnyer kalau semua ader...xper...teruskn perjuangan... insyaallah... pnjang umur, murah rezeki... diizinkan Nya... kte pasti dpt beraya suatu hari nti... Aku Rindu Sama Kamu semua!!! hehehe.. :).

Friday, September 4, 2009

~post... emm.. x tau nak letak title ape...

terasa hati...

biler diri dikatakan bukan seorang sahabat...
sekadar kawan yang umpama dikatakan biler jumpe sesiapa kt tepi jalan n borak2 kejap..
itu adalah kawan... tapi sahabat ni adalah yang sanggup sehidup semati...
:(

im feel so sad... why?
ntahlah... yer..mungkin aku sekadar kawan yang umpama kawan yang dijumpai nyer dan berborak2 dalam 10minit... itu sahaja... perlu ku ungkit?? oh... tidak... hilang segala apa amalan yg dibuat... perlu kunyatakan segala pengorbanan... bantuan dan segala bentuk kebaikan yang diberi???oh... no... no.... tp ade ke ek??? :)

aku bukan seorang sahabat... pilu rasa hati... yer... aku bukan seorang sahabat... sekadar kawan ditepi jalanan...

??? mungkin kerana aku dilihat dalam aspek negatif nyer sahaja... aku telah dicop dan diishtiharkan sebagai kawan jalanan dan bukan seorang sahabat... yer.. mungkin benar katanya... aku sedar siapa aku... dan mungkin aku tidak sedar siapa aku... mereka sekiling yang lebih melihat dan menilai aku... yer..aku akui... memang aku jahat... kekadang.. suke dengki orang... kekadang... cakap nak menang...kekadang timbul rasa tidak puas hati... tapi...pada aku... semua ni perkara normal manusia... apepun yang aku rasa... kalau perlu untuk aku berterus terang.. yer.. aku akan nyatakan... dan aku akan ambil masa untuk mencari ketenangan... kalau aku rasa ianya hanya perkara remeh temeh... aku abaikan...

tapi itulah aku... aku yang bukan seorang sahabat... tapi seorang rakan jalanan...

pilu? sedih? tersinggung? yer... aku tidak layak untuk memegang status sahabat... siapa aku??

aku... aku yang dahulu sangat menjaga hati dan perasaan kawan... aku takut hati kawan aku dilukai... aku takut hilang sahabat sekeliling... aku x boleh hidup tanpa sahabat sekeliling... dan sebab itu aku amat memerlukan rakan dan sahabat... kerana aku sedar.. aku tidak mampu hidup sendirian... dan oleh itu... aku isytiharkan... semua yang ada disekeliling aku adalah sahabat...

kini... aku lebih bersikap memberontak... kekadang terasa diri aku ni jahat.. n mmg jahat pun... disaat aku menjaga... membelai... menilai dan memelihara nilai seorang sahabat... aku sendiri juga yang akan membuat mereka terasa... kerana... aku memikirkan aku pernah dibuat seperti ape yang aku buat iaitu... "terasa hati".. tapi aku kena paham... semua manusia.. aku n semua sahabat adalah manusia.. kekdg.. aku yang terkena.. kekdg mereka... lumrah... x ader manusia yang hatinya semulia malaikat... sebersih Nabi... yang dicuci hatinya dengan air zamzam...sebaik baik manusia pun.. pasti ader terdetik sedikit perasaan yang kurang menyenangkan... sebab tulah kite bermaafan... saling memaafkan... terima kasih wahai sahabatku yang sudi memaafkan akan keterlanjuran kata2 anim yang kurang menyenangkan.. konsep anim senang jer.. orang tak buat n x kacau anim... anim x kan kacau hidup orang.. tu jer...

tapi... aku masih digelar bukan seorang sahabat... yer.. aku sedar diri aku... aku memang x layak memegangnyer... tapi.. layak kah kamu digelar sahabat untuk orang sekeliling kamu??? tanye minda.. jawablah akal.. detiklah hati... nilailah diri... yer... ape pun kata2 dari mulut seorang sahabat.. kite perlu ingat... mungkin dia tak perasan ape yang dia cakap... mungkin dia terasa nak membangga diri sekejap... mungkin dia rasa dia perlu kata kan ape yang dia nak katakan... kalau betul pun kite terasa... sbgai sahabat... bagilah tempoh ckit kalau betul pn kte kecik ati... n kite maafkan jer... kalau rasa susah nak maafkan.. pk jelah... kalau lah kte mati sebelum sempat memaafkan orang.. n bermaafan... cm ne???

"anim... anim.. jahat betul ko... sampai mereka x mengaku ko sahabat... ape ko dah buat anim??? ko x pernah buat baik langsung ke pada mereka yang x mengaku ko sahabat?? sampai kejahatan ko jer yang dilihat... ko ni anim... yer... aku tau anim... ko memang seorang yang sangat mudah tersentuh dan terasa hati... aku paham... tapi... mulai hari ni... cube ko didik diri ko... untuk jadi seorang yang hanya menerima sahaja... biar orang buat kiter... biar orang kata kite.. jangan kite buat rugi pahala kite untuk dibagi pada mereka... maksud aku... ko x yah lah balas balik... kalau sedih n terasa sangat pun... ko kol jer mak... luah kt mak... mak ko pun dh paham dah dengan ko... "hehehhee.. anim... anim...
ape lah ko ni... mcm budak2...

~luahan anim yang bukan seorang sahabat... sekadar kawan jalanan...

Sedikit Renungan Dibulan Mulia...



Sekadar renungan.... .......buat peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang. Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:

"Mana emak? "
"Mak pergi menoreh," jawabnya.
"Mana bapak?"
"Bapak pergi kerja..."
"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.
"Awak ada berapa orang adik-beradik? "
"Sepuluh."
"Adik ni yang ke berapa?"
"Saya yang kelapan."
"Mana abang-abang kamu pergi?"
"Tolong emak menoreh."
"Adik puasa hari ini?"
"Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..." Jawabnya.
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.
Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?"
"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".
"Bapak kerja apa?"
"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".

Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada s aj a orang yang hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila s aj a aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!". Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi. Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.

"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik.."

Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari. Dia berkata

"Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."
Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"
"Cuma RM3.00 sehari."
"Ayahnya bekerja macam mana"
"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."

Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..
Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang s aj a tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"? Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.

Saturday, August 29, 2009

Sheikh Mishary bin Rashid Al-Afasy

Ya Allah... sedapnyer... sejuknya hati dengar bacaan Al-Quran dari Sheikh Mishary bin Rashid
Al-Afasy... terkedu... rasa nak menitis air mata jer bile mendengarnya... walaupun x paham...
dulu dengar masa kt asrama teknik JB... pastu biler jmpe kt youtube.. teringat masa kt teknik jb dulu... Ya Allah.. terasa nikmat sgt mendengarnyer...

terima kaseh Ya Allah atas kenikmatan yg diberi...


Thursday, August 27, 2009

Kesabaran dan Ketenangan


Dengan Nama Allah Yang Maha Esa
Ramadhan kini kembali menguji Kesabaran dan Keimanan kita semua...
Anda mungkin mencari Baju Raya paling anggun bergaya...
Kereta Baru anda mungkin menunggu hari pendaftarannya. ..
Hiasan Rumah mungkin bertukar warna...
Menu menarik pastinya Pilihan Berbuka Puasa...
Namun masih adakah dikalangan kita...
Tatkala bulan Ramadhan hampir tiba...
Ketika segalanya telah dirancang Sempurna...
Menanti saat dan ketika Anak Bulan Ramadhan memperlihatkan dirinya...
Kita Juga Sudah Bersiap & Bersedia...
Dengan Al-Qur'an Sekurang-Kurangnya. ..
Apalah Kiranya Ramadhan Ini Aku Bernekad & Berkata...
Mungkin Buat Yang Pertama Kalinya...
Atau Mungkin Hidupku Ini Hanya Sementara...
Andai Aku Ditakdirkan Pergi MenemuiNya.. .
Izinkanlah Aku Mengalunkan Bacaan Al-Qur'an Kepada Yang Esa...
Izinkanlah Aku Memulakan Bacaan Dari Pembukanya.. .
Izinkanlah Aku Menamatkan Bacaan Hingga Pengakhirannya. ..
Dan Ketika Itu Aku Sememangnya Sudah Bersedia...
Walau Ilmu Agamaku Tidak Setinggi Mana...
Biar Apa Jua Rintangannya. ..
Aku Pasti Memegang Janjiku PadaNya...
Memegang Ajaran Yang Maha Esa...
Al-Qur'an Tiada Tandingannya!

Ya Allah... Kuatkan lah hati ini, tabahkanlah hati ini...
hidup penuh dugaan...
Aku tahu... semua dugaan yang Engkau berikan kerana sayangNya Engkau pdku...
Aku mohon... Tabahkan jua hati ini untuk menempuhnya... segala dugaan insyaallah akan dapat aku tempuhi...
tetapi dugaan yg melibatkan tersentuhnya jiwa dan naluri seorang insan amat payah untuk aku tempuhi... kuatkan lah aku... jadikan lah amalan bacaan alquran sebagai kekuatan dalam diri aku...

Terima Kasih segalanya....

_aku yang memerlukan ketenangan dan kesabaran_

Tuesday, August 18, 2009

Giant... rindu giant







teringat kt kucing aku c giant n kudut...
rindu lar.. act.. kudut n giant x tau mane perginyer..
kes ni blaku dh lame... since aku form1 kot...
aku syg gler kt giant n kudut... tp org kate kalau kte syg... dia x kn mati dpan kte.. x tau ler.. kucing yg sgt comel... pastu ader lagi sekor name arnold...bulunyer biasa jer... tp mcm kena clorox.. sgt cantik.. belang yg sgt unik..
tp sbb ktorg balik kmpung.. dia hilang.. arnold lah kucing last after aku mule mmbesar.. x lame lpas tu... bertahun gak ler.. mak abah ader gak bela kucing... aku mmg suke... tp kucing tu pemalas... hehhe... n skrg x tau mane perginyer..
n now... kucing yg aku idam kn sgt hari tu... when aku balik kmpung...aku bgtau lagi kt mak abah... pujuk mak abah lagi... tp... mak abah x bg gak.. mak ckp... cm ne nti kalau dia kena belasah ngan kucing org lain yg mmg ganas.. mak x sanggup. abah plak.. x yah lah... sape cuci berak nyer nti... huhu... mmg sah mak abah x bg... "ZIla... maaf.. aku x dpt amik n bela kucing tu.. mak pak aku still x bagi..." huhu... satu hari nti aku kn g amik gak gmbar kucing tu n abadikan dlm blog aku ni... comel.. hehe... aku dh plan dh name kucing yg aku nak sgt bela tu...aku nak bg name pendek... coz muke nyer yg pendek... heheh... pendek... aku kempunan nak bela ko... :(


kekekek... 1st tag
: from aini
: at 19.08.2009 @ 1.22a.m
: kena tag ke sape ni?
emm...
huhu..

asteroiDe Dy'meNsion

Kisah Insyirah

abuyon

faizul-realSAGE-LUAHAN ILHAMKU

sedikit ilham

i,mE aND mYsELf

Di Sini Aku Menumpang Kasih...

CORETAN DI ALAM MAYA

waduh2... guane ni.. heheh...

Sunday, July 26, 2009

Nak Jugak Kucing Cm ni..... please.........

http://www.youtube.com/watch?v=9rgerRrJ8Ys&feature=PlayList&p=D68EC718E1AEE140&index=16&playnext=6&playnext_from=PL

kegianan aku untuk membela kucing... kucing dh dpt... zila suh amik kucing dia.. tp x dpt keizinan mak n abah... aku ajak mak abah g amik.. mcm2 soalan mak abah tanye... nak wat pe? betina jantan? kucing sape? nak bela kt mane? mcm2 lagilah.. mcm x bg.. act aku pn cm nak nangis... sebab x dpt bela kucing zila tu... dia ckp kucing dia comel walaupun ader yg pggil hodoh... sebab muka kucing dia masam n pendek... huhu.. comel nyer.. zila tggu eh.. nti aku dtg amik kucing ko tu... please... jgn bg org lain... nti balik aku pujuk lagi mak pak aku utk bela gak kucing nyer........ please mak..... abah......




Saturday, July 25, 2009

Aku sayang DIA..........


aku tetap aku...

untuk dia..

romantiknye mummy daddy...:)

Salam...


Hanim... sedar x hanim...

hanim dh lain...
prinsip anim ntah kemana...
pakaian anim pn dh lain...
kenapa anim??
ape dh jadi??
anim... anim... bangun...
jgn lalai... ingat mak abah...
ingat Allah...

Banyak sgt perubahan kat diri anim...
1. pakaian anim tu...
mana pergi tudung anim yang besar2 n x jarang tu?? mana perginye?? kenapa dh x pakai?? Semua tu aurat anim... jgn pegang pada prinsip asalkan pakai tudung je... panjang tudung kena jaga... jarang tudung tu kena cover... kalau pakai tudung tapi pendek.. menampak segala... serupa pakai anak skaf je... anim.. anim..

2. Tu.. anim nyer prinsip tu...
x nak becinta sebelum capai cite2... tp ape anim wat?? em... tp alang2 dh terlanjur becinta... jgn lupe jaga segalanya... ingat mak abah... kuar be2 akan ada org ke3... ingat... iman kena kuat.. insyaallah.. ingat pesan mak.. sentuh tapak tangan tanpa lapik pn haram.. baik mak.. anim ingat... :) anim syg mak... mak jgn risau... mak doakn je ape yg terbaik utk anim.. anim yakin setiap apa anim buat diringi dengan doa dari mak.. sebab ape yang anim buat semua dengan izin mak n abah.. sidia pn mtk izin gak kn... mak jgn risau k.. kami ingat Halal haram...

3. Ha... anim punye hangin tu mcm mane??
em.. yang ni susah ckit lah... tp kurang kn bercakap tu dh jadi ckit.. mulut dh rajin dh amalkan nasyid sebut kalimahNya... kat mane2 pn... biler bosan jer... tu lah amalannya.. yelah... nak kurangkan ckap.. takut ckp terkecikkan ati org... tp skrg ni... em.. mudah sgt terasa... biler terasa.. rasa tension n tertekan.. kalau dh x tahan sgt tension sbb terasa ngan mulut org.. mulut sendiri akan terasa nak kecikkan balik ati org tu.. geram sgt... em.. tp kekdg rasa salah ngan ape anim wat ni.. tp kekdg mcm betul jugak... yelah semua bersebab...

4. Ha... dh rajin semayang awal waktu ke? anim.. anim..
em... tgok keadaan.. kekadg kalau borak tu... sampai x ingat n terlupe waktu dh lewat.. anim2...
ingat anim... kalau semayang lewat2... ko akan jadi tergesa2.. tu jugak salah satu sbb x khusyuk...
ape nak jadi ngan ko ni nim.. mtk Kt Allah mcm2... tp tggjwab pd DIA ko lewat2 kn... biler ape yg ko mtk kt DIa x dpt.. ko sedih.. tp pk sendiri.. Salah Sape??

5. azam tahun ni dh dpt capai lum? dh bape %??
azam tahun ni act nak smyg awal waktu mgkin dh 60% kot... turunkn berat badan?? he 20% je.. tu semgt nyer jer.. turun x gak.. byk kn sedekah... alhmdlah... dh 70% rasanye... (terima kaseh awak!!!)... emm.. nak struggle study?? huhu... yg ni x tau nk ckp cm ne... emm... ha.. syg kt mak n abah dh 290%.. heheh... lebih kot... nak byk kn amalan sunnat disamping wajib.. em.. mgkin dh 30% kot... nak jadi penyabar?? em.. x tau lah... kekdg x tahan ngan mulut org...huhu... ape lgi ek?? ha... target nak keja waktu cuti sem je yg complete 100%... heheh...

6. anim... ko dh kenalpasti ape ko nyer kelemahan?? em...
dh... dh kenalpasti... dr awal tahun duk senaraikan.. byk gler...

  • ANIM SEORANG YANG AGAK PEMARAH.
  • ANIM SEORANG YANG X CONSISTENT SEMANGAT NYER…
  • ANIM SEORANG YANG AGAK KUAT TDO DAN MAKAN…
  • ANIM SEORANG YG SUKE IKUT MOOD… KALAU DATANG RAJIN NYER… HUI… MMG RAJIN… DTG MALASNYER… MAAF LER..
  • ANIM JUGAK X SUKE LIPAT KAIN….
  • BENCI KALAU ADER ORANG YANG LEBIH DARI ANIM… IKUT ASPEK MANE JUGAK… MCM.. BELAJAR…
  • ANIM JUGAK BENCI PADA FAKTA… X SUKE MENGINGAT FAKTA YANG TERLALU BANYAK… TAPI KALAU FAKTA TU… DIUBAH DLM BENTUK LAIN.. MCM… LAGU… MMG BEST…
  • ANIM SUKE MANDI MALAM…. HEHHEEH…
  • ANIM TERLALU KUAT BERPELUH..KELEMAHAN KE NI??
  • ANIM TERLALU TAKSUB PADA *I**A… SUSAH NAK LUPE ORG YG ANIM *****G… WALAU PUN DIA PENAH WAT HAL…
  • SOMETIME ANIM SUKE IKUT ORG... TGOK ORG TU PAKAI BAJU CANTIK.. TERINGIN GAK...N BELI.. TP X MUAT... KUKUII... MMG KENA MARAH LER NGAN MAK.... “PENUH KN GOBOK JE KO NI”...
  • ANIM AGAK KURANG SELESA DGN ORG YG TERLALU BYK BERCKP... SBB X PANDAI NAK LAYAN.. KEKEKEKE...
  • ANIM SUSAH NK SENYUM.... RASANYE R... SBB PENAH KENA TEGUR... MASAM NYER MUKE....X TAU LER KENAPA... TAKUT ORG KATE ANIM GEDIK...
  • MMG BENCI PADA PMPUAN GEDIK.... UWEKZZZZZZZZ........
  • ANIM CEPAT NERVOUS.. NI PATUT NYER YG 1ST... HUHU... NAMPAK MUKE MERAH… TGAH NERVOUS GLER R TU…X TAU NK HILANGKN CM NE NERVOUSNYERRRRRR…….. TOLONG….
  • ANIM X SELESA NGAN DIRI ANIM SENDIRI… MASALAH MCM2 LER…
  • EM… PE LAGI EK???
  • ANIM AGAK GARANG…. HEHEHHE… WARGH!!!!!!!!!!!!!!!!!!

act.. byk lagi rasanyer yg lupe nak tulis... emm... alhmdllah... ader yg dpt dibendung...

next post... KELEBIHAN PULAK EH... act dah senaraikan.. tp rasa macam ader yg x tertulis lagi.. huhu... anim...anim..


anim... ko kena jadi diri ko sendiri.. dan inilah diri ko yg sebenar... ko kena lakukan lebih pada kebaikan... ko ingat anim... Dunia sementara.. akhirat selamanya... pegang pada prinsip tu... dgn sape ko nak bahagia sampai akhirat nti... ko bleh pk sendiri... hati ko ni cume bleh bantu utk berkata2 jer... ape yg ko buat ko kena pk... jgn main terjah jer... ingat mak abah...


"JGN HIPOKRIT!!! huhu... aku tetap aku...
semua perasaan ade dlm hati...
jgn tipu diri sendiri... anim.... anim.....anim......
kenalpasti ape yg ko nak..
kenalpasti ape yg ko x mau...
kenalpasti ape yg ko perlukan...
kenalpasti betul atau tak ape yg ko senaraikan tu?? betul @ x?? salah atau x... mgkin ko akan dpt ape yg ko nak kalau ape yg ko senaraikan tu betul2 ko usahakan....

Matlamat aku.... !!!!!!
"AKU NAK BAHAGIAKAN MAK ABAH DENGAN APE YG AKAN AKU DPT!!!! DGN APA YG AKU BUAT!!!!! SBB AKU SYG SGT DIAORG... aku jadi sayup... sedih... biler kenangkan ape yg mak n abah buat kt aku... tanggal 5 julai 2009... adalah segalanya... :) bahagia segalanya..."

Wednesday, July 22, 2009

salam... sharing2

huhu...
saje jer... lame x post mengepost ni....
best plak bace kt blog sorang hamba Allah ni...

kisah seorang yang suka membangga diri.... @... suke citer kelebihan diri @... berlagak...
em.. pe lagi ek??
@ koya... hahha... @ mcm diri dh complete sgt ler... @ em.... dh x tau dh nk ckp pe...
meh bace sesame....

http://alitantawi.blogspot.com/2009/06/binalah-sifat-rendah-diri-dalam-hatimu.html

bace memolek.... kenali diri... hiasi peribadi... be4 berkata... cermin penuh2 diri tu...
untuk anim@ acu n semua pembace... :D maaf pada yang terasa... bukan masa untuk menyalahkan.. tapi masa untuk mengubah... heheh... mcm baik sgt plak.. poyores tol.......

Wednesday, July 1, 2009

4 Sejoli Pergi Berjoli...........




1hb july

hahha... pagi yg sgt seronok... dpt kol dr kwn...Fiza... alhmdlah... kwn aku dpt gak sambung belajar.. aku ckp kt dia... dtg ler kulai cni.. n dia dtg amik aku... tutut dia yg bwk keta... aku suh dia bwk best friend ktorg lg 2 org tu.. lina n zila... hahahah... bler bjumper... perut x kendur.. duk tegang jer ketawa... seronok tol dpt jmpe diaorg... kami semua pergi teman fiza berbelanja... kat tesco Kulai.... murah siut... beza gak harga nyer ngan pasraya tmpt aku keja... aku g sana duk compare harga... maklumlah... pengalaman jadi cashier sebulan.... byk gak harga2 barang yg aku ingat... hahah...

aku rindu kt korang... lina... aku doakan ko dpt sambung gak blaja amin... zila... walaupun ko x nak sambung... x pe... teruskan usaha kerja..... n teruskan usaha gemukkan badan... hahha...
dh kaya... jgn lupe aku... huhu..









Pengalaman Cuti Sem 2009

heheh...

duit... duit... duit..
actually... matlamat cuti sem ni adalah dapatkan duit lebih n kuruskan badan....

tarik 26 mei...
acu dengan giler nyer... bawak keta g senai...
konon2 nak g interview... dh lah kt senai tu jln jem sokmo... biasa ler... tmpat perindustrian...
giler......

interview pkul 2 ptg.. janji ngan auntie yong pkul 1 kt senai...
tp takut punyer pasal.. pkul 10pg dh gerak dr umah ngah.. n sampai senai 10.30...
hahaha... walaupun aku bawak keta ketar2... matlamat nyer cume 1... asal smpai dgn selamat...
x rosakkan keta org lain... hahha... ketar ke.. gigil ke... gear sesuai or x sesuai... lantak p... yg penting aku x langgar keta org... n aku dpt sampai... tu jer matlamat n tujuan aku...
kuang2... dh lah doa naik kenderaan pn x hapal... bace bismillah n selawat n fatihah.. tu je yg ader dlm kepala ni... kekeke... lantak p ler..

pastu g senai... parking kt ngan bank... x clap dulu kt c2 bank CIMB... dpan KFC... jalan senai dh lah kecik ckit... takut2... huhu... bler smpai senai je.. aku lepak c2... 1st time parking handle sendiri... g bli tiket parking.. mahal plak tu.. 8hggt kot... heheh.. ngah bg 50... beli pencuci muke n mcm2... last2 tgal 20hggt.. minyak x tuang lg plak tu....

dh beli tiket parking... x tau pulak nak gune.. kol sidia... dia terangkan.. n aku x paham.... kol abg aku.. emi... emm... x paham gak... pastu... bace sendiri 2 ke 3 kali... wat hentam sendiri jer... aku bajet keta parking kt c2 smpai pkul 2 or 3...

rupe2nyer... dh parking kt c2... sampai pkul 1..
auntie yong dtg... bgtau dia yg aku bwk keta... dia ckp bagus lah tu... : pelik2...
rupenyer dia suh bawak sekali keta tu masuk kt kwsan industri senai.... aku ckp r yg aku takut... pastu dia sian kt aku... dia tolong ler bwk kn... keta yg dia dtg td... suami dia yg bwk... dia ckp bagus sebab lpas interview aku bleh balik terus... n dia mmg x tggu pn... ooooooo..... baru aku tau...

masa interview.. dia suh isi borang jer... n tanye penah keja kilang ke x...
lame lah jugak... smpai pkul 3... bukan lame ngan interview.. lame masa menunggu...
lupe nk bgtau.. kilang ni name VS... aku ditempatkan kt VS 17...diaorg wat produk vacuum... aku tgok produk vacuum diaorg cam robot yg sgt hodoh... hahah
lepas interview aku pn balik...

1st day g masuk 8.30... special utk 1st day jer... sebab training day n balik pkul 6 ptg.. kalau normal.. masuk 7 pg kuar 7 ptg.... heheh...
uish2........ aku g keja naik van kilang... name abg van tu lupe r... byk kali gak aku kol dia... takut dia lupe amik aku...he.. byk gak ler kedit fun hbs sal keja kilang ni... last2... habis jer training... aku mmg x tahan... mau tercabut kepala lutut n ibu jari kaki aku....byg kn.. keja berdiri......
dr pagi smpi ptg... rehat 20 minit.... n ader 3 kali rehat... mmg gler... kwn2 interview sekali ngan aku ckp... diaorg sian tgok muke aku... smpai merah2... dh lah kedekut aircond.. x sejuk lgsung... berdiri plak tu... sape tahan?? gler... heheh....
memang penat tahap gaban r.... kematu kaki kuku n lutut ku... hahha
balik pkul 6 tu... aku terus mesej k.long n k.ngah... buat ayat sedey... bgtau kt diaorg keja kilang ni penat... beza betul mase aku keja kilang flextronix kt tampoi dulu after PKN.... lepas pada tu smpai kt umah ngah.... jln pn x normal... farihin terpijak kaki aku pn sampai sakit tau... mcm nak buasir pn ader.. hahha....

mlm tu pulak... k.ngah tanyer... ko nak keja ke?? dia ckp... kalau x larat... x yah lah... pd hal... mlm sebelum nk g training tu.. siap dh kira gaji ngan dia... hahhah... tu lah.... tamak... pk duit jer... last2... aku g keja training 1 hari je... lepas tu aku x g... hahhaha

besok nyer...
Tarikh 27Mei...
aku merayap... aku kol klinik... sbb ader keja kosong.. ni lagi 1 sengal gak...
aku dh lah berdebor bwk keta.. bygkan kt klinik tu... jln bleh tahan sesak... ala...... kwsan kedai2 yg selalu ader kt kwsan rumah taman... dpt byg x?? nasib baik lorong jalan tu besor... aku pn bwk r dgn poyo nyer... nak parking bleh tahan leceh... yg geram nyer... aku parking lagi lame dr aku g interview kt klinik tu... 2 hari lepas mmg dh kol klinik ni... n dia suh dtg interview jer... bukan nyer interview... setakat mtk no fon n name... pastu dia ckp... nti dia kol back... dpt or x.. dia akan kol... hangin betul aku... aku pn balik dengan geram... dsebabkan geram... aku pn g lepak kedai warung.. minum nescafe ais... sambil2 minum... aku tanyer ler.. ader x keja kosong??
dia ckp... x der... tp kalau kt pasaraya tepi kedai dia ader lah... sbb baru smggu lpas kot cashier pasaraya tu benti... aku pn ape lagi... minum cepat2... n bayor... n terus g pasaraya tu... hahahah
YEYEYYE!!!! dpt keja... but.. keja mula 1hb...

keja basic 450... elaun kedatangan 80... keja dr 9.30 pagi.. smpai 10 malam.... after pkul 7 kira OT or Overtime... aku g keja bwk keta sendiri...em.. 3 hari aku di awasi... hari pertama aku diajar jadi cashier... tp... x leh pegang kaunter sorg2... kalau nak pegang kaunter pn... kena ader yg tgok2 kan... name cikgu aku yg ajar aku ema... dia umur 20... budak yg sgt ganas... rock n roll... apepun.. tq cikgu ema... hahah....after 3 hari... aku pegang kaunter sendiri...
keja nyer best... sgt senang.... sampai je tmpt keja.. semua org kena sapu smpah n mop... n aku sbg cashier... lepas mop n sapu smpah.. aku kena kira duit yg ader kt kaunter... n make sure duit yg ader mst same sebelum nak balik dr keja.... kalau kurang... duit gaji aku akan ditolak dan kenali sbg short... hahha... lepas tu aku kena duduk jer kt kaunter tu... bukan ader customer pn... kalau dr pkul 10 smpai pkul 12... em... bleh dibilang ader bape customer... pkul 12 rehat 1jam.... selalunyer aku balik... em.. tp bleh kate keja kt cni... mmg duduk je ler... bler mlm dekat mgrib baru ler ramai org.. sebab org dh balik keja... kekdg jer penat.... sabtu ahad pn bleh tahan... ramai gak...

alhmdullah... aku kalau short mmg byk kali.. tp short setakat sen sen jer... bos tolak gaji kalau short lebih 2hggit.... tp short yg lebih 2 hinggit ader ler 3 kali... 1st time short... RM2.90... huhu... 2nd time... 10.15... n 3rd time... 9.55 sen... waduh... geram... total.. gaji akan ditolak RM 22.60

n skrg ni.. aku x dpt gaji lagi walaupun dh benti... n dh bg dah surat resign... kalau x bg surat resign.. gaji x akan dpt.. aku gaji 5hb... tp.. 5b hari ahad.. so mgkin gaji 6hb kot.. lmbt nyer...

keja kt pasaraya ni best... pengalaman best.. mase 26 hb june... pasaraya ni ader check stock... disebabkan kekurangan kecanggihannya... heheh... kena kira manual... seminggu sebelum tarikh ni... semua pekerja dibahagikan pada bahagian masing2... cm aku kena kt barang dapur... aku kena salin semua item2 barang dapur yg ader kt line... kena tulis harga.. n code... n pada tarikh 26hb ni ler... barang2 yg aku salin tu ader bape byk kuantiti nyer... kira2 punyer kira... siap je kira aku g tolong kwn2 lain yg x siap lg.. baik gak aku ni. hahha
pastu pkul 3 lebih... semua org dh siap... kami pn lepak2 gurau2 ngan si epul sengal yg suke wat lawak.... sementara tgu bos kol... sebab after checkstock.. bos mmg akan belanja makan.... makan besar... waktu ni... ader 2 cawangan pasaraya yg hadir... pasaraya titah bandarputra n titah permai.... heheheh.... sebenarnyer ader 5 cawangan, tp yg wat checkstock pd tarikh ni cume 2 cawangan jer.. best2.... aku respect n suspect kt bos ni... sgt mesra ngan pekerja....
huhu.... mkn punyer mkn.... kami balik naik van ramai2... syok.... kelako pn ader... biasalah... msg2 ngan lawak masing2.. aku tukang ketawa jer.. x pandai wat lawak... tp aku clap... aku x bwk kamera... huhu... sedeh2... x pe lah.. nti aku amik gmbar pasaraya tu k... hahha...

ha... malam last... 29hb aku keja last....
aku geram kt india sorg ni... dia buat aku x d mood nak keja... nasib baik dia wat hal dh mlm dh.. dlm pkul 9 lebih.... lantak ko lah india yg sgt kedekut... tp berdaulat gak aku ni... after dia wat hal ngan aku.. troli dia tertunggeng dpan pasaraya.... padan muka ko!!!!!!!!!! hahah...
ala.... bukan hal ape pn... dia x puas ati... dia ckp.. harga yg aku kira x same ngan harga dia kira... mengong... bukan aku kira congak dlm kepala... aku tekan kt sistem... sengal... ader jugak org pesen cm ni ek.. g belanja smpai 1 troli... setiap barang yg dia amik.. dia akan catat kt buku n kira guna kalkulator nset dia... eeeeeeeee .... malas aku nak cter pnjg2 manusia cm ni... geram jer....

n hari ni..
2hb julai... aku duk kt dalam LAB UTHM.. lepak cni... ikut k.long g keja.... huhu.....
Pengalaman Hidup Yang Best........
Cuti semester yg best.. tp rindu kt MAk n AbaH!!!!!!!