Wednesday, November 11, 2009

~Sedih Dengan SifaT HamBa


wahai manusia... cukuplah kita dari mengata sesama kita... JAUH lagi perjuangan kita. Sedang kita sama2 berjuang.... sedang kita bersama2 berjalan dan terus berjalan mencari jalan ARAH masing2... sama-sama lah kita berdoa untuk kejayaan bersama...

sedang kita mengata mereka... kita tidak sedar keburukan kita... sedang kita mengata... terlalu lancang kita berkata2.. sehingga lupa... beringat... kita sedang berjuang... jangan calarkan hati mereka...khuatir.. mereka gusar... khuatir... mereka... resah untuk menjawab segala apa perjuangan yang sedang mereka lalui... jangan calarkan hati sahabat wahai sahabatku... Seburuk mana mereka... sehina mana mereka... hebat kah kita untuk mengata yang bukan2... yer... mungkin semua itu sekadar luahan... yer mungkin itu sekadar kata2 pendam selama berkawan... pernah kita fikir... mengapa mereka berbuat begitu?? pernah terlintas... mungkin kerana silap kita...
yer... saya paham... manusia... sedikit sebanyak terlintas kata2 yang tidak disangka sehingga memakan diri... anda juga sama... tapi kerana nilai sahabat... abaikan lah... jadikan ia pedoman.. kasihanilah mereka kerana masih belum menerima hidayah untuk memperbaiki kata2... sejauh mana kita bersabar.. pasti apa yang dikatakan pada kita.. akan berbalik semula pada mereka.. dengan harapan... mereka akan sedar...

cukuplah dari mengata2 yang macam2 sesama kita... terlintas... tidak disangka... kecewakah kita.. andai insan yang diharap tempat bergantung luahan rasa... pendam rasa... mengata bermacam rupenye... tp biler direnungkan.. yer.. mungkin khilaf sendiri... tp jika dinilai betul2.... Lebih baik teguran hadapan dari mengata yang bukan2 sehingga hati jadi tidak keruan.. berpk apa salah kita.. apa khilaf kita... tapi x mengapa... manusia... atas dasar nama manusia.. kita tahu itu.. kita tahu apa silap kita.. jgn kita buat lagi.. jgn kita ulangi lagi... maaf kepada mereka.. andai ada silap dan salah... andai ada kata2 yang terguris bicara.. andai ada yang menyentuh hati selama bersahabat... maaf... saya manusia biasa.... maaf juga jika pernah kata2 lantang dari mulut yang bertuankan manusia yang tidak pernah nilai diri sendiri... sedap mulut berbicara.. sedap juga hati bergembira.. maaf... waktu itu sedang kelupaan tentang diri yang juga sama rendah dan sama tinggi antara kita...

TERIMA KASIH SEGALANYA...
doakan kejayaan bersama...
nantikan pemergian hamba yang Insyaallah tidak lame lagi akan pergi dari perjuangan kita... Janji Hamba cume 1... walau berpisah.. INSYALLAH... selagi nyawa dikandung badan.. doakn untuk sahabat tidak akan dilupa... sama2 kita berjuang... sama2 juga kita berjaya.. INSYAALLAH....


~ PETUA MENGATASI SIFAT CEMBURU ~

1) Daripada 2 kisah cemburu yang membabitkan Iblis dan Qabil itu, kita dapati bahawa sifat cemburu tidak membawa sebarang kebaikan langsung kepada kita. Cemburu hanya memusnahkan diri sendiri. Tiada pengakhiran yang baik dan menggembirakan dalam hati manusia yang sering cemburu. Oleh itu sebelum anda mahu cemburu, cuba renung kembali kisah Iblis dan Qabil.

2) Kita selaku manusia biasa, memang agak sukar untuk membuang 100% sifat cemburu dari terus mendiami hati. Oleh itu, lempiaskan sifat cemburu ini pada 2 jenis keadaan sahaja berdasarkan kepada hadith Rasulullah sallahu alayhi wasalam dari kitab Sahih Muslim ini:

"Tidak ada hasad (cemburu) yang dibenarkan kecuali terhadap dua orang; iaitu pada orang yang Allah berikan harta, dia menghabiskannya dalam kebaikan. Dan pada orang yang diberikan ilmu dan dia beramal dengan ilmu tersebut dan mengajarkannya pula kepada manusia"

3) Imam al-Ghazali ada menerangkan di dalam kitab Ihya Ulumuddin bahawa manusia jenis yang kuat hasad dan cemburu ini, apabila diceritakan kepadanya kesenangan yang diterima oleh orang lain, hatinya akan jadi benci dan resah. Apabila dia mendapat tahu musuhnya ditimpa musibah dan nasib malang, hatinya akan menyanyi keriangan. Cemburu pada orang lain bermaksud kita tidak gembira pada nikmat yang Allah berikan kepada para hamba-Nya.

Ini juga bermakna bahawa kita tidak redha pada takdir dan ketetapan Allah. Jika kita sendiri tidak redha pada Allah, apakah mungkin bagi kita untuk mendapatkan keredhaan Allah? Dan jika Allah tidak redha pada kita, apakah mungkin ketenangan hati itu akan kita kecapi? seorang ulama Sufi yang hebat, ada menerangkan bahawa untuk membersihkan hati (sekaligus mendapat ketenangan dan kedamaian jiwa), kita elakkan dari berasa cemburu pada kejayaan orang lain. Sebaliknya, jika manusia lain mendapat kebaikan dan rezeki yang lebih dari kita, kita doakan kebaikan dan kegembiraan untuk mereka. Hatta jika musuh kita yang mendapat kebaikan, jangan juga cemburu. Cemburu kepada musuh
hanya akan menambahkan lagi penguasaan psikologi mereka ke atas diri kita.

4) Cemburu hadir sebab kita rasa kita lebih bagus dan lebih mulia dari orang lain. Apabila kita ada persepsi sebegini, kita akan mudah merasakan bahawa dia dan mereka tidak layak untuk menerima nikmat tersebut. Kita sahajalah yang layak. Buang sifat sebegini dan tanamkan dalam hati dan minda bahawa yang orang lebih mulia di sisi Allah hanya diukur dari segi takwa. Dengan ini, di samping dapat membuang sifat cemburu, kita juga sekaligus dapat berlumba-lumba dengan manusia lain dalam meningkatkan taqwa kepada
Allah.

5) Tetapi menjadikan perkahwinan sebagai alasan untuk memberikan kebahagian hidup agak kurang tepat. Pasangan berkahwin yang kelihatan gembira mungkin kerana sejak zaman bujang lagi mereka sudah memiliki gaya hidup yang ceria. Tapi apa akan jadi jika Lelaki A yang pesimis berkahwin dengan Wanita B yang bersifat sangat cemburu buta. Anda fikir dengan perkahwinan itu,Lelaki A dan Wanita B itu akan mendapat kegembiraan dan kebahagiaan hidup? Perkahwinan hanya satu keindahan yang sementara. Jika ia tidak disulami dengan tanggungjawab, perkahwinan adalah satu bala.
Terangkan kepada saya mengapa Britney Spears bercerai dengan suami pertamanya, iaitu Jason Allen Alexander setelah mereka sah menjadi suami isteri selama 55 jam sahaja? Saya juga ada seorang rakan (Melayu) yang menceritakan kisah sedih rakannya (Melayu) yang diceraikan suaminya setelah 1 tahun berumahtangga. Mengapa ini berlaku? Tiada kebahagiaan!

Maka, perkahwinan bukan tiket mutlak kebahagiaan hidup. Ketahuilah bahawa sebahagian dari kegembiraan itu terletak pada redha Allah ke atas manusia dan sebahagian lagi terletak pada cara seseorang itu berfikir. Kepada yang masih belum berkahwin, bawa-bawa bersabar. Jangan cemburu kepada rakan-rakan yang terlebih dahulu menamatkan zaman bujang dan anak dara. Bila sampai masa yang ditetapkan Allah, anda pasti akan mendapatnya. Ini konsep tawakal dalam Islam. Ada yang cepat dan ada yang lambat. Cuba aplikasikan konsep Taburan Normal dalam ilmu statistik untuk lebih memahami masalah ini. Khas ditujukan kepada saya dan rakan2 atau mereka2 yang pernah terlintas rasa cemburu dalam diri... Wargh... jeles2.. dia kuar mam ngan boyprend.. wargh.. dia dapat hadiah special dr boyprend.. wargh... dia dh nak kawin??? wargh.,, dh d org dtg minang dia... aku biler??? dh ada anak dh??? terujanya... hahhah... sifat cemburu ni normal... 1 lagi... bestnyer.. ramainyer kwn dia... x d yang nak kwn ngan aku ke??? *Ni selalu terjadi dlm diri saya...Tp biler pkiak balik... biler manusia dh berpk cm ni.. tu tanda dia dh besar... :)) hehhe... next.. continue...

6) Apa yang mereka ada tidak semestinya diberkati Allah. Kadang-kadang rezeki yang Allah beri pada hamba-Nya adalah bersifat istidraj semata-mata. Rasullulah bersabda:

"Apabila kamu melihat Allah memberikan nikmat kepada hamba-Nya yang selalu membuat maksiat,
ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah.(Hadith riwayat Imam at-Tabarani, Ahmad dan Al-Baihaqi).
Istidraj adalah nikmat yang Allah berikan kepada orang-orang kafir dan fasik, tetapi dalam masa yang sama Allah hilangkan erti kesyukuran di dalam hati mereka, dan Allah membinasakan mereka secara beransur-ansur tanpa mereka sedari"

Jiran anda di sebelah rumah yang selalu pergi clubbing dan tuang arak dalam perut, tetapi kereta mewah ada 2-3 biji, menjawat pula title CEO di sebuah syarikat besar, maka ketahuilah bahawa rezeki yang mereka terima itu berkemungkinan besar adalah istidraj. Oleh itu, jika anda patuh dan taat pada segala-perintah Allah, melakukan solat tahajjud setiap malam, tetapi rezeki masih lagi dalam keadaan terumbang-ambing, maka janganlah terlalu risau. Rezeki sikit atau banyak adalah ujian dari Allah.

Jangan sangka dengan duit berkepok-kepok di bawah bantal akan membuatkan kita gembira. Kita gembira kerana Allah yang kasi kita gembira. Jika anda ada buku , cuba selak semula bahagian awal buku itu, yang mana Robert Kiyosaki ada menceritakan kisah beberapa orang ternama yang kaya-raya waktu itu, akhirnya menerima kesudahan hidup yang menyedihkan setelah berlakunya peristiwa . Lihat, semudah itu sahaja Allah mahu tarik kekayaan seseorang.

7) Akhir sekali, cemburu datang kerana kurang sifat syukur dalam diri. Kita selalu memikirkan dan berasa rungsing dengan apa yang masih tidak kita miliki. Kita cemburu pada orang lain yang ada apa yang kita mahu. Tetapi selalu sangat kita tidak bersyukur dengan apa yang sedang kita ada. Dan inilah sifat cemburu yang saya alami.. terlalu cemburu buta... kerana terlalu pendam sifat rendah diri.. sehinggakan.. keluar bergembira bersama rakan pun.. saya boleh bertanyakan.. korang malu x kuar ngan den ni??? dek kerana sifat cemburu juga... jadi buah mulut orang bercakap tentang kita... subhanallah... saya terlalu merendah diri sehingga kan lupa untuk bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan. Saya juga hilang pedoman apabila sifat cemburu timbul, resah mengatasi segalanya.. hanya kerana takutkan kehilangan sesuatu yang sgt bernilai dalam diri... walhal yang bernilai itulah yang memakan diri sendiri. Terima kasih pada yang sudi mengingati.. Insyaallah akan saya semat didalam hati... Tuhan sahaja yang dapat membalasnya.. 1 sahaja cara saya yang terkini... untuk mengatasi sifat cemburu.. akhir solat saya.. saya tidak pernah lepas kan peluang untuk mendoakn kejayaan rakan-rakan, adik beradik dan orang disekeliling saya... sumber penenang dalam hidup.. jadi.. apabila lihat rakan berjaya dan cemerlang.. detik hati berkata.. alhamdullillah... sedikit sebanyak terlintas rasa syukur kerana doa dimakbulkan biarpun mungkin bukan itu puncanya.. Semua hanya kerana yang SATU...TERIMA KASIH WAHAI SAHABAT.. TERIMA KASIH WAHAI BONDA YANG SERING MENJADI TEMPAT UNTUK SAYA MELEPASKAN SEGALA KEGEMBIRAAN DAN KEDUKAAN...

Maka, bersyukur dengan apa yang sedang kita miliki adalah kunci utama bagi membuang sifat cemburu dan sekaligus mendatangkan kebahagiaan di dalam hati. Jangan apabila ia sudah pergi baru kita mahu bersyukur dan menangis kerana manusia selalunya begitu. Hargai sekecil-kecil nikmat Allah. Insya-Allah.

(~terima kasih kepada http://hembusan.blogspot.com... maaf... saya copy tanpa kebenaran.. sekadar jadikan renungan dalam diri... dan cetusan semangat dalam diri... )

biler rindu....

"Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. Mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon Mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
bolehkah kau kirim wang untuk Mak?
Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Bila seronok, aku cari.

...pasanganku
Bila sedih, aku cari....Mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....Emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak


Tapi kalau Mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup....mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup...membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......"


-Miss MY Mum.. Bechik Hj Ismail & Bachok bin Benu...

_mak... anim mintak maaf.. anim dah cuba yang terbaik utk jwap peksa sem ni... sian mak.. penat mak doakan utk anim.. kalau keputusan masih x memuaskn gak...anim mintak maaf... kekadang kn mak.. tengah jawap peksa... anim nak nangis biler anim cuba jwap ikut apa yang anim paham n anim bace.. tp x sure gak ngan jawapan tu betul or x.. biler teringat kt mak... sedey... mak penat doakan anim.. mak puasa.. mak bace yassin pada jam anim tgah jawap... tp anim.. ntah lah... anim lambat pickup.. anim lambat sgt bab2 belajar ni.. x macam k.ngah.. k.ana.n k.long... anim mintak maaf mak... anim syg mak.. anim try wat yg terbaik semua untuk mak...anim tau anim puteri bongsu mak.. mak nak tgok kejayaan anak mak yg last ni.. tp anim seakan cm menghampakan mak jer..mak.. anim mintak maaf...untuk abah... anim syg abah...dr SPM lagi abah dh kecewa ngan keputusan anim kn... maaf2.. maaf2...maaf2...wargh.. jahat nyer anim...

....miss mum & dad...