Monday, March 15, 2010

~Sarang TikuT...berSama Hati TuannYa...

kesian blog ni..
lame betul x update new entry..

hati banyak berkata... tapi jari tak sempat menaip...
walau hati tiap hari melonjak2 untuk berkias..
untuk bersuara.. suara yang akan dilaungkan di blog ini..
suara tentang masalah hati... hati terlalu mudah berkata2 kecil...
suara tentang masalah mata... mata yang sakit dengan dunia luar kini..
ahhh... hati... macam2 sungguh kamu ini...

tapi... terima kasih Tuhan kerana mata yang dikurniakan...
terima kasih juga kerana mengurniakan hati ini... hati yang tiap hari akan berdialog sendiri...
untuk diluah.. ditakuti masalah jiwa akan berlaku.. biarlah hati ini yang terasa sendiri dengan dunia luar..
asal dunia luar tidak terasa dengan hati ini...

ah...
macam2 sungguh kerenahmu wahai hati..
cukuplah...
biarlah dunia luar dengan caranya..
apa yang penting... jangan dicalari hati dunia luar itu...
calari sahaja blog ini... jadikan saja blog ini tempat mencurah segala yang terpendam..
tempat kamu mencurah segala yang tidak dapat hati kamu tanggung..

hati... sabar ye wahai hati..
dengan sikap tuan mu...
tuan mu terlalu mudah berkecil hati..
tuanmu terlalu mudah berdialog sendiri..
tuan mu juga mempunyai deria rasa yang agak sensitif...
huh.. kasihan kamu wahai hati bertuankan manusia seperti ini...
tuan kamu tidak mintak untuk jadi seperti ini...
tetapi kerana dunia luarnya membuat dia sering berdialog..
kerana dunia luarnya yang tidak sesuai dengannya
dengan situasi dunia luar yang penuh dengan kegedikan...
penuh dengan kesakitan..
penuh dengan kezaliman...

ah hati..
macam saja tuan kamu ini..:)

Hati..
Doankan Kejayaan Tuanmu bersama rakan-rakannya agar cemerlang dunia akhirat..
Doakan mereka semua berjaya dalam pelajaran ilmu mereka.. berjaya di alam pekerjaan.. dan berjaya di alam rumahtangga...serta berjaya dalam menjaga hubungan sesama manusia..selain menjaga hubungan dengan Allah..
Beri mereka ketenangan saat mereka sedang gusar kini.. sedang rumit dengan setiap kerja yang mereka lakukan..
Amin.. Terima kaseh hati...
Aku sayang kamu...







Paku DaLam SelimUt VS GuntIng DalAm LipAtaN

perlukah percaya kata-katanya??

em..perlu??
tidak perlu??

perlu???

perlu ke percaya kata-katanya??
bersama kita, baik budi bahasa.. baik tutur kata...
terkadang.. bermacam kata-kata buruk diperkatakan olehnya tentang seorang hamba...
manusia bisik hati ini... celah juga wahai hati kerana memikirkan perasaan...
ooohhh... begini rupenya dia..

perlu percaya atau tidak??
dibelakang kita...
ohh...
adakah dia berbuat sama perkara seperti ketika dia bersama kita??
iaitu.. berkata pula tentang kita ketika dia bersama hamba lain??
yer.. kemungkinan..
manusia seperti ini tidak akan selesa selagi dia tidak mendapat kepuasan..
selagi dia tidak dihargai oleh manusia2 yang telah menjadi telinga dengan kata2nya..
tak mengapa..
apa yang perlu dilakukan untuk manusia seperti ini..
hanya 1...
berjaga-jaga..
jangan percaya padanya...
jangan terlalu jujur padanya untuk bercerita tentang privasi anda...

tetapi terkilan juga wahai hati..
apabila kita terlalu baik padanya..
dalam istilah.. gunting dalam lipatan?? atau PaKu DaLam SeliMut???
bleh gune ke istilah ni?? ??
huhu.. mungkin.. dalam dia rapat dengan kita means.. dia duduk dalam lipatan kita...
rupen-rupenye... dia juga yang melukakan kita..
wahai hati.. bersabar lah..
sabarlah..
seperti perkara yang telah berlaku sudah...

Allah itu tahu segalanya.. Allah Maha mengetahui..
seperti biasa.. seperti sebelumnya..
Balasan Allah kini sangat cepat..
umpama hari ini kita terkena.. besok Allah akan balas untuknya jua..
tapi itulah manusia..
PENGAJARAN YANG TIDAK PERNAH MENGINSAFKAN...

aku yang terkilan dengan sifat hamba.. ceewaahh.. ngades nyer.. he..